LANDING PAGES · WEB SYSTEMS · DATA

Hello! Saya Eyra Zahirah

Saya boleh

Lihat Hasil Kerja Saya

Tentang Saya

Saya membantu pemilik bisnes kecil dan usahawan yang sibuk untuk tukar proses manual dan WhatsApp yang bersepah kepada landing page dan sistem web ringkas yang tersusun – tanpa perlu pening kepala tentang hal teknikal.

Antara jenis projek yang saya biasa uruskan termasuk kutipan derma, tempahan travel, restoran & kafe, pengiklanan, kelas online, servis pemasangan, jualan produk fizikal, agen & affiliate, telco, penapis air – malah apa sahaja bisnes yang perlukan pendaftaran, tempahan atau rekod pelanggan yang lebih teratur.

Tugas saya adalah mendengar aliran bisnes anda, susun semula dalam bentuk skrin dan borang yang mudah difahami pengguna, kemudian bantu sediakan copy ringkas, susun data dan semak pengalaman pengguna supaya landing page dan sistem anda nampak kemas, meyakinkan dan senang digunakan pelanggan.

Tools & Platform Yang Saya Gunakan

Apa Yang Saya Boleh Bantu

Landing Page & Layout

Membina landing page yang fokus pada satu tujuan – contohnya kutipan derma, pendaftaran kelas, promosi pakej travel atau tempahan restoran. Reka letak bersih, mudah dibaca dan mesra telefon.

Struktur Data & Borang Sistem

Menyusun borang, field dan struktur data mengikut aliran bisnes anda – supaya maklumat pelanggan, pesanan atau sumbangan mudah dirujuk semula dan tidak berterabur.

Visual Sokongan (Gambar & Video Pendek)

Menyediakan visual asas untuk digunakan di landing page – seperti mockup sistem, ikon ringkas dan video pendek yang menerangkan cara sistem anda berfungsi.

Semakan & Ujian Sistem (QA)

Menguji flow sistem dari sudut pengguna – daripada borang diisi, pembayaran/pendaftaran sehinggalah laporan asas – dan menyenaraikan isu yang perlu diperbaiki sebelum digunakan pelanggan.

Contoh Sistem & Landing Page

Sistem Derma Online

Landing page dan sistem untuk kutipan derma & sumbangan secara online. Memudahkan penerangan tujuan kempen dan mengumpul data penderma dengan teratur.

Sistem derma online

Custom Sistem Web

Sistem khas mengikut idea klien – dari lakaran awal sehingga siap berfungsi, termasuk halaman depan untuk terangkan sistem dan laporan asas di bahagian admin.

Custom sistem web

Sistem Travel & Pelancongan

Halaman penerangan pakej dan sistem tempahan untuk agensi pelancongan – lengkap dengan senarai destinasi, jadual trip dan laporan jualan.

Sistem travel dan pelancongan

Sistem Pengiklanan

Sistem untuk servis pengiklanan dengan panel ahli, listing iklan, wallet & kredit serta statistik kempen – termasuk landing page yang menerangkan manfaat sistem kepada pengiklan.

Sistem pengiklanan

Sistem Pengurusan Event

Sistem untuk pendaftaran event, pengurusan peserta dan rekod kehadiran, lengkap dengan landing page penerangan program dan borang penyertaan.

Sistem event

Sistem Restoran & Tempahan

Paparan menu digital, sistem tempahan meja dan pesanan pelanggan yang lebih teratur – memudahkan staf dan pelanggan membuat tempahan tanpa kelam-kabut.

Sistem restoran

Kad Kahwin Digital

Kad jemputan perkahwinan dalam bentuk landing page – lengkap dengan info majlis, lokasi, RSVP dan butang untuk simpan tarikh dalam kalendar.

Kad kahwin digital

Sistem Kelas Online

Sistem pendaftaran kelas, rekod pelajar dan akses bahan pembelajaran online – sesuai untuk trainer, cikgu atau usahawan yang buat kelas secara maya.

Sistem kelas online

Jom Bincang Projek Anda

Kalau anda ada idea sistem atau landing page yang nak direalisasikan, boleh WhatsApp saya untuk bincang ringkas dulu. Kita susun flow yang sesuai dengan cara anda berniaga.

WhatsApp Sekarang